TIV pada Mei meningkat 32.7 peratus - MAA

TIV pada Mei meningkat 32.7 peratus – MAA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan kenderaan di negara ini meningkat kepada 61,785 unit pada Mei 2023 berbanding 50,663 unit bulan sama tahun sebelumnya, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata, TIV pada Mei turut melonjak sebanyak 32.7 peratus daripada 46,583 unit pada April 2023.

Katanya, jualan kenderaan penumpang naik kepada 55,135 unit daripada 44,742 unit pada bulan sama 2022, manakala jualan kenderaan komersial meningkat kepada 6,660 unit daripada 5,291 unit.

MAA memberitahu, bagi tempoh lima bulan tahun ini, jualan turut melonjak kepada 300,978 unit berbanding 268,115 unit.

Jelasnya, bagi tempoh tersebut, jualan kenderaan penumpang naik kepada  268,479 unit berbanding 236,480 unit bagi 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 32,499 unit berbanding 31,635 unit tempoh sama tahun lalu.

“Hasilnya, Jumlah Volum Industri (TIV) sehingga Mei 2023 adalah 300,978 unit dengan 12.3 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama 2022.

“Begitu juga, Jumlah Volum Pengeluaran (TPV) Mei 2023, sebanyak 304,484 unit, adalah 18 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada 2022,” katanya dalam kenyataan.

Menurut MAA, TIV yang lebih tinggi pada Mei 2023 disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk  pemenuhan pesanan yang tertunggak dan tempahan yang diterima untuk pelancaran model baharu.

“Jualan kukuh itu menyumbang banyak kepada TIV yang lebih tinggi pada Mei 2023,” katanya.

Sementara itu, dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 64,930 unit kenderaan dikeluarkan pada Mei 2023 berbanding 49,154 unit bulan sama tahun lalu.

Jelasnya, pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kepada 60,391 unit berbanding 45,518 unit pada Mei tahun lalu, manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 4,539 unit daripada 3,636 unit tempoh sama sebelumnya.

Bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 304,484 unit dikeluarkan berbanding 258,048 unit untuk tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 285,203 unit adalah kenderaan penumpangi berbanding 238,279 unit bagi tempoh sama tahun lalu, manakala kenderaan komersial pula 19,281 unit dikeluarkan pada tempoh dikaji berbanding 19,769 unit sama tahun lalu.

Mengenai unjuran untuk Jun 2023, MAA berkata, dengan persekitaran ekonomi domestik kebanyakannya kekal menyokong, MAA percaya permintaan untuk kenderaan bermotor baharu masih berdaya tahan berikutan pesanan tertunggak yang tinggi tetapi jumlah pendaftaran mungkin sedikit sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN