SCIB struktur semula BOD

SCIB struktur semula BOD

ABANG ABDILLAH IZZARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan penstrukturan semula di peringkat Lembaga Pengarah (BOD) dengan melantik Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari sebagai Pengerusi Eksekutif dan Marcus Chin Choon Wei (Marcus Chin) sebagai Pengarah Eksekutif.

Menurut SCIB, Abang Abdillah Izzarim ialah Pengerusi PP Telecom dan pengarah untuk Cempaka Helicopter Corporation Sdn. Bhd.

Marcus Chin pula Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Berhad, serta Pengarah Eksekutif di APB Resources Berhad.

Pada masa yang sama, Syarikat turut mengumumkan pelantikan Kang Wei Luen, Dr. Dang Nguk Ling dan Liaw Way Gian sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta.

SCIB turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rosland Othman semalam, dan tiga Pe­ngarah Bebas Bukan Eksekutif iaitu Noor Azri Azerai, Mohd. Shakir Shahimi, Nuraiman Shaiful Annuar berkuat kuasa Isnin lalu.

Ku ​​Chong Hong pula telah dilantik semula sebagai Pengarah Urusan, manakala Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim dilantik semula sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Ku Chong Hong berkata, beliau merakamkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah SCIB di atas pelantikan tersebut dan mengalu-alukan kedatangan Abang Abdillah sebagai pengerusi eksekutif baharu serta BOD baharu yang lain.

“Kini, bersama Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kami yang baharu dilantik Toh Beng Suan, sumbangan dan nasihat mereka akan membantu membawa Syarikat ke tahap kejayaan baharu.

“Saya berharap dapat bekerja rapat dengan mereka kerana SCIB pastinya akan dapat memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka.”

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Rosland atas dedikasinya selama bertahun-tahun terhadap SCIB, dan kepada Noor Azri, Mohd Shakir dan Nuraiman, dan terima kasih atas bimbingan serta nasihat mereka sepanjang menjadi pengarah SCIB,” katanya dalam kenyataan.

SCIB telah memanfaatkan kepakarannya sebagai kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk mencari peluang dalam projek bersaiz kecil hingga sederhana di kawasan luar bandar di seluruh Malaysia.

Anak syarikat milik penuh Syarikat, SCIB Industrialised Building System Sdn. Bhd. (SCIBIBS) awal tahun ini telah dianugerahkan dua projek sekolah, subkontrak EPCC bernilai RM16.8 juta untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay di Kota Samarahan dan pembinaan semula sekolah daif di Serian bernilai RM20.65 juta, kedua-duanya di Sarawak.

Pada akhir suku ketiga tahun kewangan 2023 (S3 TK2023), buku pesanan SCIB berada pada nilai kontrak terkumpul seba­nyak RM495.3 juta.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN