BACHOK: RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjalinkan kerjsama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf di negeri ini menerusi Projek Penternakan Ayam Kampung Kacuk (PTAKK). Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, melalui kerjasama dengan UMK menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) itu, para peserta akan didedahkan dengan ilmu berkait pengurusan ladang, kepakaran teknikal serta pemasaran produk dalam…










