Realme lancar C53 dengan harga RM599 - Utusan Malaysia

Realme lancar C53 dengan harga RM599

PELANCARAN Realme C53 di Three Years Old Cafe, Bukit Bintang. UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Realme melancarkan telefon pintar peringkat permulaannya iaitu realme C53, dengan harga RM599.

Pengurus Kanan GTM, Michelle Tiong berkata, buat masa ini, realme mahu fokus 100 peratus kepada segmen pengguna peringkat permulaannya dengan sasaran pembeli daripada pelajar yang baru tamatkan pengajian atau golongan yang berpendapatan sederhana.

“Untuk segmen peringkat permulaan ini kami fokus kepada harga, kualiti kamera dan pengecasan. Dengan harga RM599 itu, kami yakin mereka mampu untuk memiliki telefon pintar ini bagi memudahkan urusan harian mereka.

“Pada masa depan, kami merancang untuk melancarkan produk lain untuk segmen perdana pula. Realme kini turut menawarkan produk lain seperti televisyen, pembersih udara dan realme pad.

“Sasaran kami adalah untuk memastikan produk realme boleh dimiliki oleh semua golongan. Oleh itu, kami mempunyai rancangan itu melancarkan beberapa produk baharu di masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Telefon pintar C53 itu menawarkan ciri-ciri peneraju segmen peringkat permulaan dari segi pengecasan, storan dan reka bentuk.

Ia disediakan dengan Caj Supervooc 33W, dengan bateri 5000mAh untuk memudahkan pengalaman penggunaan harian.

Menurut realme, model C53 itu menyasarkan untuk menamatkan era pengecasan perlahan dengan menawarkan pengecasan Supervooc 33W, teknologi pengecasan arus rendah voltan tinggi yang mengambil masa hanya 31 minit untuk mengecas hingga 50 peratus.

Berbanding dengan potensi pengecasan sebelum ini sebanyak 10W, C33 dan C53 telah meningkatkan kelajuan pengecasannya sebanyak 100 peratus.

Dengan bateri 5000mAh yang besar, C53 menyediakan prestasi pengecasan tanpa kebimbangan untuk meningkatkan pengalaman pengguna harian.

Realme C53 juga dikuasakan oleh cipset teras-okta T612 dan dipasangkan dengan 12GB RAM dinamik dan 128GB ROM yang merupakan storan terbesar dalam segmen peringkat permulaan.

Dengan Teknologi DRE Dynamic RAM Expansion, realme C53 boleh mengembangkan RAM sehingga 6GB untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Selain itu, C53 menyokong dua kad SIM Nano dan 1 kad MicroSD pada masa yang sama, menghasilkan pengembangan storan sehingga 2TB.

Realme C53 sasar untuk menjadi telefon pintar peringkat permulaan rekaan terbaik dengan reka bentuk bersaiz 7.49mm, paling nipis dalam segmen itu dandalam Siri C Realme.

Dari segi bahagian belakang C53, ia direka dengan reka bentuk Shiny Champion yang didatangkan dengan warna Champion Gold dan Mighty Black.

Mengenai kamera pula, C53 menampilkan kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8 dan lensa 5P bersama-sama lensa B&W dengan apertur f/3.0.

Terdapat juga kamera swafoto dengan kualiti kamera 8MP di bahagian hadapan.

Selain itu, C53 membolehkan pengguna mencipta imej dalam gaya pilihan mereka dengan pelbagai fungsi imej inovatif.

C53 turut dilengkapi dengan pembesar suara UltraBoom dan penderia pantas cap jari sisi.

Untuk menjaminkan pengalaman yang tahan lama, realme C53 telah menjalani ujian yang ketat untuk menawarkan kualiti yang terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya