KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) menjangka jualan tahun ini melepasi jumlah jualan tahun lepas sebanyak 141,432 unit, didorong oleh jualan berterusan kenderaan Proton termasuk X90 serba baharu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sasaran tahun ini lebih tinggi daripada tahun lepas, dan berbanding prestasi 2022 Kumpulan. “Kami sudah menetapkan kenaikan peratusan tertentu berbanding 2022,” katanya selepas majlis pelancaran pusat pengalaman digital Proton DX di sini, semalam. Tahun…










