KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) merekodkan pelaburan baharu berjumlah RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bulan lalu, membabitkan kira-kira 96,000 pemegang akaun. Ia susulan langkah PNB menaikkan had pelaburan individu dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 serta saiz dana Amanah Samah Malaysia (ASM) kepada RM5 bilion. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, kira-kira 30 peratus daripada pelaburan itu membabitkan pelaburan bumiputera. “Setiap bulan…










