PETALING JAYA: Perdagangan Borong & Runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM136.0 bilion, meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun pada April 2023, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut DOSM, peningkatan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Runcit yang meningkat 12.9 peratus atau RM6.9 bilion kepada RM60.5 bilion. Perdagangan Borong juga berkembang dengan mencatatkan 3.2 peratus atau RM1.9 bilion kepada RM60.9 bilion. Walau bagaimanapun, Kenderaan Bermotor merosot 5.1 peratus kepada RM14.6 bilion. “Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit menurun 1.8 peratus, disebabkan oleh kejatuhan bagi subsektor Kenderaan Bermotor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya