PETALING JAYA: LBS Bina Group mengumumkan bahawa pemegang sahamnya telah meluluskan kesemua 13 resolusi biasa, termasuk agihan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 syarikat itu secara maya hari ini. Jelasnya, mengambil kira dividen interim pertama 1.20 sen sesaham yang diumumkan pada 19 April lalu, jumlah dividen untuk tahun kewangan 2022 adalah sebanyak 2.45 sen sesaham. “Dividen interim pertama dan dividen akhir akan dibayar pada 17 Julai 2023 dan 14 September 2023 masing-masing kepada pemegang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya