KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, pelan tindakan perlu dibentuk bagi mengekalkan bakat sedia ada selain menarik generasi baharu penanam untuk menjadi penggerak kemajuan industri perladangan negara. Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, industri perladangan negara bakal berhadapan kekurangan penanam berpengalaman serta berkelayakan pada masa hadapan. Ini kerana katanya, sebahagian penanam akan bersara dan ada juga yang mencari ‘padang rumput lebih hijau’ di negara lain. “Kesannya, sektor perladangan bakal berhadapan kekurangan penanam berkelayakan untuk mengendalikan industri yang strategik ini,” katanya merasmikan Persidangan Penanam Antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya