PETALING JAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, UEM Group akan menerajui inisiatif pembangunan negara melalui platform pelaburan hijau baharu bertujuan menarik pelaburan domestik dan luar negara. Menurut Khazanah, platform itu akan menyasarkan pelaburan dan pembinaan perniagaan dalam sektor hijau seperti tenaga boleh diperbaharui dan storan, teknologi bangunan hijau dan kecekapan tenaga,dan ekosistem e-mobiliti. Katanya, rancangan melalui platform itu adalah untuk memacu agenda penyahkarbonan negara di samping meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dalam sektor hijau dalam jangka masa panjang. Platform itu juga diharapkan dapat membuka kunci nilai dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya