KGW lancar prospektus, sasar IPO raih RM16.73 juta

KGW lancar prospektus, sasar IPO raih RM16.73 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KGW Group Berhad (KGW) melancarkan prospektus Kumpulan untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

IPO itu akan menjana RM16.73 juta melalui terbitan 79.66 juta saham baharu pada harga tawaran RM0.21 sesaham untuk membiayai pengembangan masa depan KGW,  modal kerja dan pembayaran balik pinjaman bank.

Menurut syarikat itu, hasilnya sebanyak RM2 juta akan digunakan untuk mengubah suai bangunan pejabat tiga tingkat Kumpulan dan gudang dua tingkat bersebelahan sebanyak; tujuan modal kerja (RM0.73 juta), pembayaran balik pinjaman bank (RM10.0 juta dan anggaran perbelanjaan penyenaraian (RM4.0 juta).

Pengarah Urusan KGW, Datuk Roger Wong berkata, Kumpulan adalah penyedia logistik aset ringan yang pakar dalam mengurus dan menyelaraskan pergerakan barangan dalam rantaian bekalan.

“Daripada memiliki aset pengangkutan fizikal seperti kapal, kereta api atau pesawat, kami menumpukan pada menyediakan perkhidmatan yang lebih bernilai kepada pelanggan kami untuk memudahkan keseluruhan proses penghantaran mereka untuk kecekapan yang lebih baik dengan memanfaatkan perkongsian dan kerjasama dengan pengendali pengangkutan sedia ada,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran prospektus berkenaan.

KGW adalah penyedia perkhidmatan logistik termasuk perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti.

Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM43.38 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK 2019), RM63.52 juta (TK 2020), RM195.42 juta (TK 2021) dan RM229.70 juta (TK 2022).

Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM0.60 juta bagi TK 2019, manakala RM2.86 juta pada TK 2020, RM20.75 juta (TK 2021) dan RM21.87 juta (TK 2022).

TA Securities ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO manakala Eco Asia ialah Penasihat Kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN