PETALING JAYA: Daythree Digital Berhad (Daythree Digital), menyasarkan mengumpul sejumlah RM33.12 juta daripada langkah penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Di bawah pelaksanaan langkah penyenaraian itu, Daythree Digital akan menerbitkan sejumlah 110.40 juta saham-saham baharu mewakili 23.0 peratus daripada pertambahan modal saham pada harga terbitan RM0.30 sesaham. Menurut syarikat itu, daripada 110.40 juta saham baharu, sebanyak 24.00 juta saham akan ditawarkan kepada orang awam Malaysia; 12.00…










