SUNGAI BULOH: Individu bujang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,930 sebulan untuk tinggal di Lembah Klang. Kos itu meliputi makan berjumlah RM610, sewa bilik (RM370) dan pengangkutan (RM140). Jumlah tersebut meningkat kepada RM2,600 jika individu bujang tersebut mempunyai kenderaan, dengan anggaran perbelanjaan bulanan kenderaan sahaja berjumlah RM760. Bagi pasangan suami isteri tanpa anak pula, mereka memerlukan perbelanjaan sebanyak RM4,630 dan jika mempunyai dua anak, mereka memerlukan perbelanjaan sebanyak RM6,890 sebulan. Anggaran perbelanjaan bulanan itu berdasarkan panduan Belanjawanku 2022/2023 diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan SOsial (SWRC)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya