iMotorbike raih pusingan pembiayaan RM12 juta

iMotorbike raih pusingan pembiayaan RM12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: iMotorbike, platform e-dagang perintis Asia Tenggara untuk membeli dan menjual motosikal terpakai, meraih RM12 juta (AS$2.6 juta) dalam pusingan pembiayaan Series A yang diketuai oleh Gobi Partners dan Ondine Capital.

Pusingan pembiayaan tersebut menyaksikan penyertaan semula daripada Penjana Kapital, The Hive Southeast Asia, 500 Global, SOSV’s Orbit Startup dan pelabur baharu,Goodwater Capital, Seedstars International Ventures dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta pemodal teroka institusi lain.

Dana Series A akan digunakan untuk mengukuhkan operasi iMotorbike di Malaysia dan Vietnam, termasuk membuka lebih banyak pusat pemeriksaan di kedua-dua negara serta untuk pelaburan teknologi dan bakat.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike Gil Carmo berkata, kejayaan kutipan dana itu adalah bukti perniagaan platform dagangan motor itu.

“Penambahan modal ini akan memainkan peranan penting dalam memacu fasa pertumbuhan seterusnya bagi syarikat, ketika kami menerajui peralihan ke arah ekonomi kitaran dalam pasaran dua roda.

“Kami akan mengembangkan usaha kami untuk menggalakkan kemampanan, mewujudkan ekosistem yang teguh untuk penggunaan semula motosikal, alat ganti dan aksesori untuk membentuk semula masa depan mobiliti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengasas Bersama dan pengerusi Gobi Partners, Thomas Tsao berkata, pihaknya positif dengan potensi pertumbuhan yang besar dalam iMotorbike, sejajar dengan saiz pasaran Asia Tenggara.

“iMotorbike berfungsi sebagai contoh terbaik bagi permulaan ekonomi kitaran dengan potensi untuk menjadi pemain utama dalam industri dua roda.

“Di Malaysia sahaja, nisbah motosikal  untuk setiap kereta adalah 1:1 dan nisbah ini meningkat kepada 6.5 kali di Indonesia dan 14.2 kali di Vietnam.

“Ini mewakili saiz pasaran gabungan sebanyak 216 juta motosikal yang mana iMotorbike bersedia untuk menerokainya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN