PETALING JAYA: Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat sederhana dua peratus pada suku pertama tahun ini, menurut Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari. Menurut beliau, kadar pertumbuhan berkenaan tidak jauh daripada paras semasa prapandemik Covid-19 meskipun Kumpulan itu belum mempunyai data harga rumah dalam negara bagi tempoh berkenaan. “Tetapi pada suku ketiga tahun lalu, rumah berasingan kekal sebagai jenis hartanah kediaman paling mahal, dengan harga purata RM617,432. “Harga purata rumah berkembar pula ialah RM669,402 diikuti rumah teres pada harga purata RM418,592, dan hartanah bertingkat berjumlah RM342,506,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya