PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan instrumentasi geoteknikal Glostrext Berhad menandatangani Perjanjian Taja Jamin dengan M&A Securities Sdn. Bhd. untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad. Tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan Terbitan Awam sebanyak 105.83 juta saham baharu (saham terbitan), mewakili 26 peratus daripada modal saham Glostrext yang diperbesarkan dan tawaran untuk jualan sebanyak 16.28 juta saham sedia ada melalui Penempatan Persendirian kepada pelabur terpilih. Daripada 105.83 juta saham terbitan, 20.35 juta saham terbitan akan disediakan kepada rakyat Malaysia melalui pengundian. Selain itu, sebanyak 10.18 juta saham terbitan untuk Pengarah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya