PETALING JAYA: Cadangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) agar Malaysia memperketatkan lagi dasar monetari disebabkan cukai yang rendah, boleh menambah keperitan rakyat dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kadar inflasi yang tinggi. Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata, terdapat banyak faktor yang mengakibatkan kemerosotan hasil kutipan cukai kepada 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti struktur dan hala tuju ekonomi selain pimpinan kerajaan yang korup. Kata beliau,…