KUALA LUMPUR: Angkasa Mukmin Sdn. Bhd. (Angkasa Mukmin) dan Hayya Travel & Tours Sdn. Bhd. (Hayya Travel) menjalinkan kerjasama strategik dengan Batik Air untuk menyediakan pakej penerbangan umrah yang lebih selesa dan dipercayai. Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin, Mohd. Yusni Ismail berkata, melalui kerjasama itu juga, pihaknya akan menawarkan penerbangan umrah terus ke Arab Saudi. Beliau berkata, dengan penerbangan terus itu, bakal jemaah akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa…










