CYBERJAYA: Buat julung kalinya, pemilik kenderaan elektrik (EV) tidak perlu risau mencari lokasi stesen pengecas terdekat atau mengetahui baki tempoh jangka hayat perjalanan. Ia susulan pelancaran sistem aplikasi raya yang amat bersepadu malah dianggap pertama kali seumpamanya di Malaysia dikenali sebagai Agmo Electric Vehicle Super App, hasil kerjasama Alibaba Cloud dan firma pakar penyelesaian aplikasi tempatan, Agmo Holdings Berhad. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kah yang hadir bagi…










