PETALING JAYA: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor BNM baharu berkuat kuasa 1 Julai ini hingga 30 Jun 2028. BNM dalam kenyataan memaklumkan, Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus yang akan menyempurnakan tempoh perkhidmatan lima tahun beliau pada 30 Jun ini. Jelasnya, pelantikan Abdul Rasheed telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…










