PETALING JAYA: Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) melakar kejayaan baharu dalam pembangunan kenderaan tenaga baharu (NEV) setelah melantik Hap Seng Smart Sdn. Bhd. (Hap Seng) sebagai pengedar sah pertama kenderaan smart. Pelantikan itu membuka peluang kepada PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) serba baharu berinovasi, smart #1 di Malaysia pada penghujung 2023. Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi…










