PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan persaraan Tun Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berkuat kuasa esok (6 Mei 2023), selepas menamatkan penggal perkhidmatan dua tahun. Menurut PNB, Tun Arifin yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan pada 2021, telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tadbir urus syarikat. Di bawah kepimpinan beliau, PNB katanya, telah membangunkan rangka kerja dalaman bagi menilai pengarah dan ketua…










