SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai pembiayaan perumahan lebih RM100 juta menerusi kerjasama sulung dengan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sasaran tersebut diunjurkan selepas kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MOU) menerusi tawaran kemudahan pembiayaan komprehensif kepada pembeli rumah PKNS terutama golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, jalinan kolaborasi strategik itu merupakan salah satu usaha bagi menarik bakal pembeli memiliki rumah idaman mereka apabila BSN menawarkan pelbagai pakej pembiayaan mengikut keperluan dan kelayakan pelanggan. “Kolaborasi ini mampu meningkatkan kemajuan sektor perumahan terutama di Selangor menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya