PKNS lancar projek Puteri Ariana bernilai RM48.17 juta

PKNS lancar projek Puteri Ariana bernilai RM48.17 juta

MD. Kamarzan Md. Rais (tiga, kiri) meninjau salah sebuah model rumah dalam projek Puteri Ariana dekat Kota Puteri, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek perumahan baharu, Puteri Ariana dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM48.14 juta di Kota Puteri, di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah), Md. Kamarzan Md. Rais berkata, pelancaran projek Puteri Ariana adalah sebahagian dalam kempen Discover PKNS 2023 di kawasan pembangunan tersebut.

“Sebanyak 72 unit rumah berkembar dua tingkat akan dibina dalam projek ini, dalam kawasan seluas 2.61 hektar (6.46 ekar).

“Kesemua unit rumah ini dijangka siap pada Disember 2025, dengan keluasan rumah ini di antara 1,979 hingga 2,100 kaki persegi,” katanya selepas melancarkan kempen Discovery PKNS 2023 di Galeri Jualan Hartanah Kota Puteri, di sini.

Menurutnya, unit rumah di dalam projek berkenaan dijual dari harga RM590,000 sehingga RM762,000.

Dalam pada itu, Md. Kamarzan memaklumkan, setiap unit rumah di dalam projek Puteri Ariana dibina mengikut ciri-ciri moden, selaras dengan minat masyarakat pada masa kini.

“Kami sasarkan kesemua unit ini dapat dijual pada bulan ini. Sebanyak 10 peratus daripada 72 unit rumah telah mendapat tempahan awal daripada pengunjung kempen Discover PKNS 2023.

“Saya berharap kesemua unit rumah ini dapat dijual dalam masa singkat kerana dengan adanya projek terbaharu ini dapat meningkatkan industri komersial di sekitar kawasan Kota Puteri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PKNS bakal membangunkan dua lagi projek perumahan, Puteri Ariana 2 dan Puteri Ariana 3 pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×