PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menafikan spekulasi berhubung penggabungan antara Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB) dan Sapura Energy Bhd. Perkara berkenaan diumumkan oleh syarikat minyak dan gas negara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. “Sebarang pertimbangan pelaburan atau penjualan dalam kumpulannya sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah dan dikuatkuasakan oleh pengurusan,” katanya ringkas. Terdahulu media melaporkan kemungkinan berlaku…










