PETALING JAYA: Permohonan baharu bagi tiga geran utama industri digital negara dibuka bermula hari ini hingga 1 Jun depan. Tiga geran itu ialah Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG). Inisiatif itu diselaraskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengagihan geran tersebut penting bagi merealisasikan idea pemain…










