PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan negara mampu memperoleh pelaburan besar bidang tenaga boleh baharu (TBB) lebih setengah trilion ringgit dalam masa tiga dekad. Malahan menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, tinjauan menerusi laporan Malaysia Energy Transition Look juga mengunjurkan nilai pelaburan boleh mencecah RM637 bilion. “Anggaran ini berdasarkan peningkatan kapasiti TBB baharu sehingga tahun 2050 sejajar dengan Pelan Pembangunan Penjanaan Negara,” katanya pada sidang akhbar, semalam. Turut hadir, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya