OPR diunjur kekal 2.75 peratus - Utusan Malaysia

OPR diunjur kekal 2.75 peratus

NEGARA berjaya meraih komitmen pelaburan sebanyak RM63.02 bilion daripada syarikat gergasi teknologi di AS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus bagi pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan berlangsung hari ini dan esok.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini berikutan kadar inflasi yang telah turun kepada 3.4 peratus pada Mac dari 3.7 peratus pada Februari.

Katanya, unjuran tersebut turut mengambil kira ekonomi global yang semakin perlahan terutamanya di Amerika Syarikat (AS) selain kadar faedah Rizab Persekutuan di negara itu tidak lagi akan menaikkan faedah dengan agresif.

“Perkembangan ini akan akan membolehkan pemimjam menarik nafas lega kerana beban bayaran pinjaman bulanan tidak akan bertambah

“Inflasi pula diunjurkan kekal antara tiga hingga empat peratus untuk beberapa bulan ini selagi kerajaan mengekalkan subsidi pukal seperti sekarang,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid turut mengunjurkan OPR dikekalkan pada kadar yang sama berlandaskan ekonomi negara yang telah mulai perlahan berbanding 2022.

Menurutnya, ekonomi global berada di situasi yang sangat mencabar dengan pelbagai isu geo-politik yang tidak berkesudahan, malah pembukaan ekonomi China yang dijangka menjadi pemangkin ekonomi dunia pulak berlaku dibawah tahap yang dijangkakan.

Jelasnya, kadar inflasi negara juga telah melepasi puncak dan menyederhana membuatkan dasar monetari untuk mengawal kadar inflasi dengan kenaikan kadar faedah tidak sesuai pada masa ini.

“Faktor dasar fiskal kerajaan dengan Belanjawan 2023 yang terbesar dalam sejarah dgn RM388 bilion pula memerlukan ekonomi domestik berkembang demi mengimbangi penurunan permintaan eksport negara.

“Sebagai pemangkin ekonomi, sektor domestik memerlukan sokongan menjana Keluaran Dalam Negara Kasa (KDNK) untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus seperti yang disasarkan,” jelasnya.

Tambahnya, kenaikan OPR akan menyebabkan kos dana menjadi mahal kepada perniagaan dan pengguna untuk meminjam dari institusi kewangan.

“Tambahan lagi dengan tekanan kenaikan kos sara hidup pada masa ini, kenaikan OPR turut mengurangkan aktiviti ekonomi semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.