Marrybrown tembusi pasaran Australia

Marrybrown tembusi pasaran Australia

SALAHUDDIN Ayub melancarkan restoran Marrybrown di Melbourne, Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia, mencipta sejarah dengan pembukaan restoran pertamanya di Melbourne, Australia.

Pelancaran restoran di Burwood One Shopping Centre itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sekali gus menandakan detik yang penting buat negara.

Pegawai Eksekutif Marrybrown Datuk Joshua Liew berkata, sebagai rantaian restoran perkhidmatan pantas utama di Malaysia, Marrybrown amat berbangga untuk mengembangkan kehadirannya di Australia dan memaparkan perisa-perisa Malaysia yang terbaik dan warisan memasak yang kaya ke setiap pelusuk dunia.

Beliau berkata, syarikat merancang untuk membuka 30 restoran di Australia pada masa hadapan.

“Perancangan kami untuk masa hadapan termasuk membina daripada kejayaan lokasi-lokasi kami di Melbourne dan mengembangkan bisnes ke bandar-bandar lain di serata Australia, seperti Sydney dan Perth.

“Kami percaya bahawa semua orang seharusnya mendapat akses ke makanan halal yang berkualiti tinggi, dan kami komited untuk menyajikan makanan yang mampu beli dan lazat kepada para pelanggan kami,” katanya.

Marrybrown sehingga hari ini mempunyai lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×