KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang menubuhkan Konsortium Rahmah bagi memikirkan inisiatif-inisiatif yang boleh diadakan untuk memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, konsortium tersebut akan dianggotai oleh semua pemain industri dan menjemput syarikat-syarikat seperti pasar raya besar menyertainya. Katanya, inisiatif di bawah konsortium tersebut bukan sahaja melibatkan menu Rahmah, tetapi juga program-program lain termasuk jualan dan pakej-pakej yang…










