KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di Malaysia dengan proses perbincangan dan libat urus mengenainya sudahpun bermula melibatkan pelbagai sektor, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Beliau berkata, sistem gaji itu selaras dengan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) supaya nisbah hasil ekonomi yang diberikan kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan meningkat daripada sekitar 36 peratus sekarang kepada 40 peratus. Katanya, kerajaan mahu memastikan kerangka dasar itu lebih mampan dan dapat dilaksanakan secara positif oleh semua pihak serta memberi manfaat kepada pekerja dan majikan. “Untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya