KOTA BHARU: Eksport produk halal negara pada tahun lalu mencatatkan peningkatan sebanyak 63 peratus dengan nilai berjumlah RM59 bilion daripada RM30.3 bilion 2021. Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC), Hairol Ariffein Sahari berkata, peningkatan nilai eksport itu dibantu oleh keyakinan tinggi masyarakat terhadap produk halal keluaran negara. Menurutnya, berpandukan kepada keyakinan itu, HDC optimis nilai eksport produk halal negara pada tahun ini mampu mencecah sehingga 80 peratus. “Ia melibatkan…










