SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan program Discover PKNS 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkenalkan projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 bilion sepanjang tahun ini. Menerusi program tersebut, PKNS menyasarkan jualan lebih 5,000 unit kediaman dan komersial pelbagai jenis di seluruh negeri melalui pelancaran enam projek hartanah baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kasdon, PKNS melaksanakan jelajah Program Discover…










