Bursa jatuh di bawah 1,400 mata pada sesi awal dagangan

Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,400 mata pada sesi awal dagangan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut pada awal dagangan dengan dagangan `dilembapkan’ oleh kekurangan berita yang menggerakkan pasaran, disebabkan pedagang mengambil sikap berhati-hati menunggu indeks pembuatan yang dikeluarkan tidak lama lagi di seluruh dunia.

Memetik laporan Bernama, Wall Street ditutup sempena Hari Peringatan, manakala pasaran China terjejas oleh kejatuhan keuntungan perindustrian negara itu.

Pada pukul 9.10 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.47 mata kepada 1,399.46, daripada 1,404.93 pada penutup semalam.

Indeks barometer dibuka 1.11 mata lebih tinggi kepada 1,406.04, namun susut selepas itu.

Pasaran yang lebih luas kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung dengan 186 berbanding 128, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,725 lagi ​​tidak diniagakan dan 60 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 167.56 juta unit, bernilai RM91.54 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×