BANGI: Citaglobal Genetec BESS Sdn. Bhd. berhasrat mengetengahkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) keluarannya sebagai penyelesaian pilihan untuk mendukung keperluan perniagaan ke arah kelestarian. Pengasas merangkap Pengarah Urusan Genetec Technology Berhad (Genetec), Chin Kem Weng berkata, di peringkat tempatan, Malaysia disokong baik dengan pelbagai dasar, kerangka, komitmen bajet dan insentif bagi menggalakkan penerimagunaan penyelesaian tenaga bersih. Kataya, perkara itu memudahkan peralihan daripada bekalan tenaga yang berasaskan fosil. “Sedang pelbagai negara…










