AEON catat peningkatan hasil 10.5 peratus kepada RM1.1 bilion

AEON catat pertumbuhan kukuh, hasil meningkat 10.5 peratus kepada RM1.1 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) meneruskan momentum pertumbuhan bagi suku pertama tahun kewangan 2023 (S1 TK2023), dengan catatan hasil sebanyak RM1,106.8 juta, pertumbuhan 10.5 peratus daripada tempoh sama tahun sebelumnya.

Syarikat juga berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM62.1 juta bagi suku tersebut, peningkatan 13.3 peratus daripada RM54.8 juta tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

Menurut AEON, pertumbuhan disumbangkan terutamanya oleh peningkatan dalam hasil dan mengoptimumkan margin kasar.

Dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM941.4 juta, peningkatan kukuh sebanyak 9.8 peratus berbanding pendapatan suku yang sama berjumlah RM857.4 juta.

Peningkatan ketara dalam hasil ini boleh dikaitkan dengan situasi perbelanjaan perayaan yang lebih tinggi dan normalisasi aktiviti perniagaan pada suku semasa.

“Segmen perkhidmatan pengurusan hartanah juga menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan, dengan hasil sebanyak RM165.4 juta, peningkatan sebanyak 14.5 peratus berbanding pendapatan suku yang sama (tahun kewangan sebelumnya) sebanyak RM144.4 juta.

“Pertumbuhan ini didorong oleh kadar penghunian yang lebih baik, sejajar dengan sentimen pengguna yang positif sebagai sebahagian daripada normalisasi perniagaan Syarikat yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono berkata, AEON melangkah masuk tahun 2023 dengan terus mengekalkan komitmennya untuk menambah nilai kepada pelanggan yang merupakan teras dalam segala yang Syarikat lakukan.

Beliau berkata, AEON akan meneruskan usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan perniagaan utama sambil memacu ke hadapan dengan inisiatif transformasi.

Tahun ini katanya, pendigitalan, inovasi dan kemampanan akan terus menjadi penggerak di sebalik usaha AEON untuk mencapai transformasi digital yang mampan.

“Walaupun pacuan ekonomi tempatan dijangka semakin hebat melalui pembukaan semula sempadan antarabangsa dan perjalanan antarabangsa secara berperingkat, kami akui akan kehadiran tekanan inflasi, ditambah lagi dengan sentimen pengguna
domestik yang lebih lemah.

“Namun begitu, Syarikat tetap komited untuk memanfaatkan ekosistemnya dengan bekerjasama dengan rakan kongsi penyewa, pembekal dan Kumpulan syarikat AEON untuk mengoptimumkan perbelanjaan pengguna dan meningkatkan nilai aset kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN