UDA beri zakat sebanyak RM30,000 kepada anak asnaf dan yatim - Utusan Malaysia

UDA beri zakat sebanyak RM30,000 kepada anak asnaf dan yatim

SERAMAI 50 orang anak asnaf dan anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim/ Saudara Baru An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur bergambar kenangan selepas membeli-belah pakaian dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri di pusat beli-belah di Wangsa Maju sebelum diraikan di majlis berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM30,000 kepada 50 anak asnaf dan anak yatim dari tiga buah institusi di ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sri Mohd. Salem Kailany berkata, sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares tersebut disalurkan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wassunah.

Katanya, sumbangan agihan zakat wakalah ini juga merangkumi sumbangan berbentuk duit raya serta baju raya dan persiapan menjelang hari lebaran berjumlah RM250 setiap seorang.

“Anak-anak ini turut berpeluang memilih baju raya serta kelengkapan Hari Raya Aidilfitri semasa sesi membeli belah yang turut dimuatkan dalam program ini.

NAIB Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd Nazri Jamiran, menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak asnaf dan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur.

“Semoga sumbangan ini mampu mengukir senyuman serta memberi keceriaan buat mereka dalam meraikan Syawal yang bakal tiba,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa UDA Mall Bersama Asnaf di Malaysia Grand Bazaar, Hab Bukit Bintang City Centre.

Ucapan beliau dibacakan oleh Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd Nazri Jamiran.

Sementara itu, beliau berkata, majlis berbuka puasa tersebut juga bertujuan memberi hebahan kepada orang ramai mengenai Malaysia Grand Bazaar (MGB) yang merupakan sebuah kompleks beli-belah artisanal yang pertama di Kuala Lumpur di bawah seliaan UDA.

“MGB ini juga dijadikan sebagai salah satu platform buat para usahawan yang baru mengorak langkah mereka dalam bidang keusahawanan mahupun perniagaan,” ujarnya.

Sepanjang Ramadan 2023, UDA telah mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM205,600 kepada 15 buah pusat pertubuhan dan rumah kebajikan dalam lapan Majlis Berbuka Puasa anjuran UDA di beberapa wilayah perniagaan UDA seperti di sentral, utara, selatan dan pantai timur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya