Tony Fernandes rancang pelan penggantian

Tony Fernandes rancang pelan penggantian

TONY FERNANDES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sedang bersiap sedia untuk berundur daripada barisan hadapan industri tersebut dengan menyediakan pelan penggantian.

Memetik laporan Bloomberg, Tony, 58, merancang untuk memberi lebih tumpuan kepada bidang seperti kesihatan, pendidikan dan ekuiti swasta.

Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia, Kumpulan yang diasaskan Tony Fernandes, terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Kumpulan tersebut telah menutup opersasi di Jepun dan India, tetapi masih mengendalikan syarikat penerbangan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan merancang pelancaran di Kemboja.

“Kepimpinan yang baik tahu bila hendak berundur. Perjalanan penerbangan saya mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

“Saya perlu merancang pelan penggantian. Bila ia akan berlaku, saya tidak tahu, tetapi saya mahu bercakap tentang pelan penggantian itu kerana mahu menarik pemimpin yang betul,” kata Tony dalam temubual di Singapura.

Menurut laporan itu, Tony Fernandes berhasrat untuk `menyalurkan’ pengalamannya dengan AirAsia di tempat lain.

“Saya suka ekuiti persendirian dengan pengurusan yang aktif dan membantu golongan muda mengubah keadaan.

“Saya percaya ada model kos rendah untuk pendidikan dan kesihatan. Ini adalah dua perkara yang paling mendiskriminasi orang,” katanya.

Mengenai siapa yang akan mengambil alih AirAsia, Tony Fernandes berkata, beliau lebih suka seseorang dari dalam syarikat dan di Asia Tenggara, pusat operasi syarikat itu.

“Sejujurnya, saya tidak kisah dari mana mereka berasal. Kami tidak bercakap tentang bangsa, agama, jantina dan orientasi seksual. Saya tidak peduli, yang penting anda boleh melakukan kerja itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×