KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) menandatangani Perjanjian Bekalan untuk Tenaga Boleh Baharu (SARE) bersama AEON CO. (M) Bhd. (AEON) bagi pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di pusat beli-belah berkenaan. Melalui kerjasama itu, GSPARX akan memasang, mengendali dan menyelenggara kemudahan solar di seluruh pusat beli-belah AEON dan pasar raya besar AEON BiG di seluruh negara dengan saiz sistem kira-kira 77,000 kilowatt puncak (kWp) untuk tempoh 25 tahun. Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya