SKM sumbang zakat RM10,000 kepada lima rumah anak yatim - Utusan Malaysia

SKM sumbang zakat RM10,000 kepada lima rumah anak yatim

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek bernilai RM2,000 kepada Pentadbir Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak Selangor, Wan Razmie Wan Othman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM2,000 untuk setiap lima rumah anak yatim di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

SKM juga menyediakan sumbangan Zakat Wakalah kepada anak-anak yatim yang dijemput selain menyantuni mereka dalam majlis Iftar SKM.

Lima buah rumah anak yatim yang dijemput hadir adalah Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, Pusat Jagaan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor dan Maahad Tahfiz Al-Ansar.

SKM dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebuah keluarga perpaduan, mereka sentiasa mahu membantu agar kemuafakatan dan kebersamaan semua terpelihara di bawah satu bumbung.

“Ke arah itu, konsep Membudayakan Masyarakat Berkoperasi adalah bertepatan dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh SKM untuk melahirkan masyarakat yang berilmu keusahawanan melalui koperasi.

“Gerakan Koperasi mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah negara kerana perjuangannya untuk memenuhi keperluan manusia adalah signifikan dalam sistem kapitalis yang kompetitif.

“Beribu-ribu koperasi di seluruh dunia mengeluarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan yang mana impakya dapat mengangkat kedudukan sosial para anggota koperasi serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

“Ihsan dan kesejahteraan Malaysia MADANI dapat kita lihat dan diterjemahkan dengan jelas iaitu member keuntungan dan manfaat kepada rakyat.

“Semoga melalui sumbangan zakat itu dapat membantu meringankan beban dan anak-anak yatim akan dapat menyambut lebaran dengan perasaan gembira,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya