Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar pada awal sesi

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar pada awal sesi

ringgit
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, didorong oleh kelemahan mata wang berkenaan berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Memetik laporan Bernama, dalam awal dagangan, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.470/4330 berbanding dolar daripada penutup Khamis lalu pada 4.4350/4395.

Pasaran kembali dibuka hari ini selepas ditutup pada Jumaat dan Isnin sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Berhad, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) jatuh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijadual 3 Mei ini.

Selain itu katanya, tempoh siling hutang kerajaan AS yang akan tamat pada Jun juga menambahkan ketidaktentuan pasaran.

“Sekiranya Rizab Persekutuan bertukar `dovish’ (berdiplomasi) ia mungkin membawa kepada DXY yang lebih rendah yang akan diterjemahkan kepada kenaikan ringgit.

“Buat masa ini, jangkakan dolar-ringgit (USD-MYR) akan kekal sekitar RM4.42 hingga RM4.43 hari ini,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2954/3008 daripada 3.2923/2958 pada penutup Khamis lepas, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5307/5395 daripada 5.5127/5183 dan susut kepada 4.8938/9016 berbanding 4.86616/86616 berbanding euro.

Di peringkat serantau pula, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 295.4/296.1 daripada 296.4/297.1, dan menokok kepada 3.3213/3268 daripada 3.3256/3292 berbanding dolar Singapura.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun susut berbanding peso Filipina kepada 7.95/7.97 daripada 7.91/7.93 dan jatuh kepada 12.9113/9370 daripada 12.8947/9134 berbanding baht Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×