KUALA LUMPUR: Petronas memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan modal (capex) untuk meningkatkan penyahkarbonan dan tenaga boleh baharu (RE) sehingga 2026. Ketua Strategi, Dasar dan Peraturan, Kemampanan Korporat Petronas, Wan Sayuti Wan Hussin berkata, syarikat akan menumpukan pada teknologi, inovasi dan perkongsian untuk mempercepatkan kemajuan kepada pelepasan karbon sifar bersih. Katanya, perkara yang akan diberi penekanan adalah pengurangan pelepasan operasi melalui sifar rutin pembakaran dan pembuangan, kecekapan tenaga, penggunaan elektrik…










