KUALA LUMPUR: Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial di kawasan lebuh raya bertol dijangka dapat mengoptimumkan penggunaan serta pembangunan di atas tanah Persekutuan bagi menjana pembentukan ekonomi yang lebih berdaya saing. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, buat masa ini terdapat 36 lebuh raya bertol yang beroperasi meliputi segenap kawasan bagi menghubungkan wilayah utara, selatan, timur dan barat di Semenanjung Malaysia. Menurut…










