MN Holdings jalin kerjasama dengan DC Science

MN Holdings jalin kerjasama dengan DC Science

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kejuruteraan utiliti bawah tanah dan substesen MN Holdings Berhad (MN Holdings) menjalinkan kerjasama dengan Shanghai DC-Science Co Ltd (DC Science) China bagi membangunkan pusat data berprestasi tinggi pertamanya di Malaysia.

MN Holdings dalam satu kenyataan media berkata, projek dengan anggaran nilai keseluruhan lebih AS$600 juta (unjuran DC Science) itu melibatkan anak syarikat milik penuhnya Mutu Nusantara Sdn. Bhd. dengan DC Science melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 1 April lalu.

Katanya, projek pusat data itu merupakan sebahagian daripada siri pelaburan langsung asing yang dijamin untuk Malaysia sempena lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada 30 Mac hingga 2 April lalu.

“Berkeluasan 20 ekar di Sedenak Tech Park, Johor, pusat data berprestasi tinggi itu merupakan satu pencapaian penting bagi Malaysia di mana ia merupakan lokasi pertama DC-Science di luar China setelah membangunkan lebih daripada 300 pusat data di seluruh negara asalnya.

“Di bawah perancangan semasa, utiliti untuk projek itu terdiri daripada beban kuasa 120MW dengan bekalan kuasa dwi untuk menyokong kemudahan 12,000 rak.

“Purata bekalan air harian dijangka kira-kira 5,000 tan metrik, manakala infrastruktur akses rangkaian akan tersedia,” katanya.

Tambahnya, Fasa pertama pembangunan projek tersebut dijadualkan bermula tahun ini dan dijangka memulakan operasi pada separuh pertama 2024.

Pengarah Urusan MN Holdings, Loy Siong Hay berkata, menzahirkan rasa bangga apabila mewakili Malaysia sebagai rakan kongsi pilihan DC Science untuk memastikan projek sulung penyedia perkhidmatan pusat data itu berjaya dilancarkan di negara ini.

“Perkongsian itu adalah bukti kepakaran teras MN Holdings dalam pembinaan utiliti bawah tanah, serta penyelesaian kejuruteraan substesen, yang merangkumi pemasangan kabel penghantaran elektrik, saluran paip pembentungan dan saliran, serta pembinaan dan pentauliahan loji.

“Ia menandakan kepelbagaian lebih jauh asas pelanggan MN Holdings, berikutan kejayaannya dalam memanfaatkan penyertaan yang lebih besar dalam projek solar berskala besar (LSS) dan kerja lain yang berkaitan dengan pusat data dan industri semikonduktor di sini,” katanya.

Tambah beliau lagi, MN Holdings turut berbangga menjadi sebahagian dalam pengembangan DC-Science di Malaysia dan ia mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai des nasi pelaburan, dan akan menjadi rangsangan untuk bakat tempatan yang menyokong industri pusat data yang berkembang pesat.

“Kami juga percaya bahawa dengan kerjasama DC-Science, kami akan dapat mengukuhkan lagi pengetahuan teknikal kami dalam pembinaan dan kejuruteraan pusat data.

“Memandangkan Malaysia melihat lebih banyak pelaburan daripada domestik dan antarabangsa, kami bersedia untuk menawarkan kepakaran kami dalam pembangunan infrastruktur utiliti bawah tanah dan kejuruteraan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×