KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangun Program Graduan Pasaran Modal (CMGP). Program tersebut bertujuan meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran seramai 9,000 graduan universiti awam dan swasta terutama bagi industri pasaran modal dalam tempoh tiga tahun. Ia dibiayai melalui peruntukan sebanyak RM30 juta oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) iaitu sebuah dana yang diurus oleh industri pasaran modal sendiri. Menteri Pendidikan…