Funding Societies lepasi RM13.4 bilion dalam pembiayaan PKS - Utusan Malaysia

Funding Societies lepasi RM13.4 bilion dalam pembiayaan PKS

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo (kiri) dan Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Funding Societies telah mencapai AS$3 bilion (RM13.4 bilion) daripada lima juta transaksi pembiayaan perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh rantau ini.

Ketika syarikat itu terus berkembang di lima negara di Asia Tenggara, hampir 100,000 PKS telah mendapat manfaat daripada akses kepada pembiayaan.

Ia terus menyokong PKS yang terpinggir melalui rangkaian luas penyelesaian pembiayaan jangka pendeknya sambil mencatatkan kadar mungkir kurang dari 2.0 peratus daripada keseluruhan kohort platform itu.

Di Malaysia, Funding Societies telah mengeluarkan RM2 bilion dalam bentuk pembiayaan sejak penubuhannya pada 2017.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo berkata, tahun lalu merupakan tahun yang sangat bermakna untuk Funding Societies walaupun dalam persekitaran makro yang tidak menentu.

“Komited untuk memperkasakan PKS di Asia Tenggara, kami telah mengumpulkan dana dalam Siri C+ kami dengan meperluas skala perniagaan kami di Thailand dan Vietnam dan memperdalam penawaran pembiayaan tempatan.

“Selain itu, kami berjaya memperoleh barisan kredit pertama kami daripada bank komersial global HSBC berjumlah AS$50 juta (RM224 juta) serta menceburi perniagaan pembayaran dengan CardUp dan pelaburan ke dalam Bank Indeks, kerana keperluan PKS melangkaui sekadar pembiayaan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, walaupun terdapat pelbagai rintangan makro tahun ini, pihaknya tetap optimistik untuk terus berkembang mampan, seperti yang dilakukan semasa penularan Covid-19.

“Kami akan terus kekal tangkas, berinovasi dan mengembangkan skala dalam pembiayaan, pembayaran dan perkhidmatan kewangan yang lain bagi menyelesaikan pelbagai titik permasalahan yang dihadapi oleh PKS,” ujarnya.

Dalam usahanya untuk memperkasakan PKS, syarikat itu mula menawarkan penyelesaian selain pembiayaan, seperti pembayaran dan kutipan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN