VOLVO XC90 - SUV untuk keluarga muda

VOLVO XC90 – SUV untuk keluarga muda

VOLVO XC90 dilengkapi sistem keselamatan Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert untuk keselamatan pemanduan sekeluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, kehadiran ahli keluarga baharu lazimnya begitu diharapkan. Sebaik sahaja menjadi ibu bapa, mereka akan menumpukan perhatian kepada penjagaan cahaya mata yang baru dilahirkan. Salah satu keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan kereta yang khusus bagi kegunaan keluarga.

Volvo XC90 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah bersaiz sederhana dengan tujuh tempat duduk, yang sejurus daripada pelancarannya, telah menjadi penanda aras bagi SUV keluarga mewah. Dorongan di sebalik reka bentuk Volvo XC90 adalah ringkas – ia adalah kereta keluarga unggul yang direka untuk menjaga anda dan mereka yang tersayang.

VOLVO XC90 dilengkapi sistem keselamatan Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert untuk keselamatan pemanduan sekeluarga.

HUBUNGAN TERHADAP DUNIA DIGITAL
Volvo XC90 adalah kenderaan untuk masa kini. Pasangan ibu bapa zaman ini sudah tentunya sangat arif dengan dunia telekomunikasi digital dengan peranti yang sentiasa ada pada genggaman masing-masing.

XC90 ini turut memberi hubungan harmoni anda dengan alam digital melalui kebolehan melayari Google yang applikasinya telah disertakan dalam sistem peranti informasi dan hiburan dalam kenderaan seperti Google Assistant, Google Maps dan lain-lain applikasi Google. Applikasi dari Volvo Cars juga turut diprogramkan dalam sistem ‘infotainment’ untuk membolehkan informasi dan bantuan dapat disalurkan secara terus dari Volvo.

KEUTAMAAN SISTEM KESELAMATAN
Jenama yang disinonimkan dengan keselamatan, Volvo menyisipkan dua ciri keselamatan penting pada Volvo XC90 – Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert.

volvo XC90 kenderaan utiliti sukan mewah bersaiz sederhana.

Keresahan anak-anak ketika berada di dalam kereta sering kali menyebabkan gangguan kepada ibu bapa ketika memandu. Jeritan anak-anak yang meminta perhatian boleh menjejaskan tumpuan daripada pemanduan.

Ciri Lane Keeping Aid direka untuk situasi sebegini. Bantuan kawalan dalam pemanduan dan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan mereka terkeluar daripada laluannya.

Manakala sistem Cross Traffic Alert boleh disamakan sebagai sepasang mata tambahan yang membantu anda dalam setiap pemanduan. Ia berfungsi dengan memberikan isyarat bunyi amaran apabila terdapat sebarang objek sedang berhampiran dengan kereta dan ia akan memancarkan amaran kepada pemandu.

Apabila digandingkan dengan ciri Blind Spot Information, ia dapat mengesan kenderaan dari arah bertentangan dan halangan ketika kereta sedang mengundur, mengelakkan kemungkinan terjadinya pelanggaran tanpa anda sedari.

Pada ibu bapa yang baharu, pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak mungkin perkara yang agak mencabar. Walau bagaimanapun, dengan ISOFIX Mounting Points yang disepadukan dengan tempat duduk belakang Volvo XC90, ia tidak lagi merupakan sesuatu yang membebankan. ISOFIX Mounting Points merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan boleh diakses melalui bahagian bawah sandaran tempat duduk belakang.

KESIMPULAN
Oleh kerana Volvo XC90 telah direka untuk keluarga yang kian berkembang, ia juga didatangi dengan Integrated Booster Cushion. Khusus untuk kegunaan kanak-kanak berumur empat tahun ke atas, Integrated Booster Cushion ini membolehkan kanak-kanak anda menikmati pemandangan luar dan ibu bapa tidak perlu risau kerana kerusi ini dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan khas.

Pada ketika ia tidak digunakan, kusyen booster ini boleh disimpan dengan kemas di dalam kusyen tempat duduk tengah di barisan tempat duduk kedua.

Selain daripada faktor sistem keselamatan yang telah tersedia dalam XC90 ini, model Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid atau Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid turut disertakan pakej servis percuma selama lima tahun (VSA5+)*. Pakej VSA5+ yang juga dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus’, merupakan pakej servis kereta komprehensif selama lima tahun daripada Volvo Cars yang merangkumi lima servis kereta pertama termasuk item haus dan lusuh yang mungkin perlu diganti sekiranya XC90 ini dimiliki sebelum 31 Mac 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN