UMW, Maybank perintis Platform Pelaporan Kelestarian Berpusat

UMW, Maybank perintis Platform Pelaporan Kelestarian Berpusat

DARI kiri: Muhamad Umar Swift, Ahmad Fuaad Kenali, Khairussaleh Ramli disaksikan Abdul Wahid Omar menunjukkan dokumen kerjasama antara Bursa Malaysia, UMW dan Maybank di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW) dan Malayan Banking Berhad (Maybank) untuk menggunakan platform Pelaporan Kelestarian Berpusat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, platform tersebut dibangunkan dan diuji bersama-sama dengan London Stock Exchange Group.

Katanya, platform itu berfungsi sebagai repositori nasional untuk pendedahan kemampanan syarikat tersenarai dan  menggalakkan pengurusan pelepasan karbon rantaian bekalan mereka yang berkesan.

Tambahnya, ia turut memberi insentif penyahkarbonan melalui produk dan perkhidmatan pembiayaan hijau yang ditawarkan oleh bank.

“Platform ini juga bertujuan sebagai satu sumber kebenaran untuk data kemampanan utama sambil mematuhi piawaian antarabangsa utama dan berpotensi memenuhi keperluan pihak berkepentingan lain.

“Selain daripada syarikat dagangan awam, platform itu akan dibuka kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak tersenarai dalam rantaian bekalan,” katanya pada majlis menandatangani MoC tersebut di Bursa Malaysia, semalam.

MOC ditandatangani oleh Muhamad Umar manakala UMW diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan Maybank diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Khairussaleh Ramli. MOU disaksikan oleh Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Mohamad Umar berkata, pihak gembira kerana UMW dan Maybank telah bersetuju untuk menjadi perintis penggunaan data dan piawaian kemampanan untuk menyokong program pembiayaan mampan dan memulakan Early Adopter Programme (EAP) mereka.

“Kerjasama ini akan memanfaatkan Maybank dan UMW dengan berkhidmat sebagai asas bagi pelabur institusi untuk memasukkan data dan piawaian asas ke dalam rangka kerja pelaburan mereka.

“Ia sekaligus membuka kunci aliran modal hijau di dalam dan luar negara ke dalam syarikat tersenarai Malaysia,” ujarnya.

Bermula dari April hingga Oktober 2023, peserta EAP akan mengesahkan pengekstrakan nilai di platform berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN