Ultimate Wellness Berhad terajui lima jenama utama

Ultimate Wellness Berhad terajui lima jenama utama

ultimate
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Ultimate Wellness Berhad syarikat yang terkenal dalam perkhidmatan kecantikan inovatif di negara ini kini menerajui lima jenama terbaik dalam dalam industri kecantikan Malaysia.

Lima jenama utama yang bernaung di bawah pengurusan Ultimate Wellness Berhad adalah DrNano, H2G, Ava, MY Thai dan MY Tradisi.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1999 itu dikenali dalam kalangan pengguna kerana penggunaan teknologi  canggih untuk penjagaan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan produk penjagaan rambut merupakan strategi utama kumpulan tersebut.

Sehingga kini lima jenama tersebut berjaya mengembangkan perkhidmatan melalui 35 cawangan di seluruh negara dengan lebih 300 tenaga profesional.

Individu yang bertanggungjawab menjadikan lima jenama berkenaan atau V Ultimate Wellness terkenal ialah Fiona Gan.

Sebagai pengasas V Ultimate Wellness, Fiona berpengalaman  dalam industri kecantikan dan merupakan seorang usahawan berjaya.

Kumpulan V Ultimate Wellness berhasrat untuk mengembangkan terapi urutan keluarga yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun lalu.

Sementara bagi jenama MY Thai yang dikenali sebagai spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawatkan harga berpatutan akan menambahkan lagi antara lima atau enam cawangan di Lembah Klang sejak bermula pada 2019 dengan MY Thai sebagai jenama utama.

Manakala, MY Tradisi pula ditubuhkan untuk memanfaatkan 70 peratus permintaan pasaran bumiputera yang berpotensi serta mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan Malaysia yang tersendiri.

Baru-baru ini kumpulan V Ultimate Wellness telah memperkenalkan duta baharunya iaitu Mawar Abdul Karim seorang usahawan tudung wanita yang terkenal di tanah air.

Syarikat turut melancarkan dua produk baharu mereka iaitu perkhidmatan untuk ‘anti aging’ Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk perapian rambut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya