UDA serah zakat RM58,000 kepada asnaf, anak yatim

UDA serah zakat RM58,000 kepada asnaf, anak yatim

Ewon Benedick (duduk, tengah) dan Mohd. Salem Kailany (duduk, barisan kedua dari bawah kiri) bersama anak-anak yatim dan asnaf semasa Majlis Berbuka Puasa UDA di Boathouse, Flamingo Ampang, kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad menerusi UDA Cares menyumbang zakat berjumlah RM58,000 kepada asnaf dan anak yatim menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, program itu merupakan acara tahunan UDA untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan zakat RM10,000 setiap satu itu diagihkan kepada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman, Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera, Rumah Permata Hatiku, Rumah Anak Yatim Shifa serta Pertubuhan

Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah,” katanya selepas penyerahan sumbangan itu pada Majlis Berbuka Puasa UDA Bersama Media di sini, kelmarin.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Seri Mohd. Salem Kailany.

Benedick berkata, KUSKOP turut menghargai komitmen serta inisiatif UDA dan juga agensi lain di bawah kementerian yang ingin membantu anak-anak golongan asnaf sempena bulan yang mulai ini.

Sementara itu, Mohd. Salem berharap, sumbangan UDA dapat memberi kegembiraan kepada semua penerima menjelang lebaran tahun ini.

“Sokongan dan kepercayaan oleh rakan media kepada UDA selama ini juga adalah antara faktor yang menyumbang kelangsungan UDA sehingga ke hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, UDA berharap semoga hubungan baik dengan pihak media juga akan terus berkekalan.

Pada majlis berbuka puasa itu, seramai 40 orang anak yatim Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur turut diraikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×